Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Perkongsian Ilmu...


Dalam program Tanyalah Ustaz (di tv9) pagi tadi (24/9/12).., tajuk Ibu Mertuaku (bhgn 2)(nama ustaz saya lupa), banyak ilmu berkaitan tanggungjawab mertua, anak dan menantu dalam meniti alam rumahtangga. Menurut ustaz tersebut, kedudukan ibu mertua adalah sama seperti ibu kita sendiri. Maknanya, sesiapa yang menghina ibu orang lain (ibu mertua) sama seperti menghina ibu sendiri, begitulah perumpamaannya. Salah satu soalan yang dikemukakan penonton dan saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua adalah mengenai soal jodoh. Jika tiada suami/ isteri bermakna tiadalah mertua…J.  Di sini penonton tersebut bertanyakan cara mendapatkan jodoh. Jawapan yang diberikan ustaz, cukup bermakna. Ustaz itu menyarankan si teruna/ dara mengamalkan surah ‘alam nashroh’, biasanya dibaca dalam bilangan ganjil, 3/5/7…sebanyak mungkin (tapi diniatkan ikhlas kerana Allah). Selesai membaca surah tersebut, *hembus nafas sehabisnya dan kemudian, tarik nafas sedalam-dalamnya …insyaAllah melalui amalan ini, sebenarnya membangkitkan aura pada diri kita. Aura yang membuatkan orang tertarik pada kita, menyerikan wajah kita. Dan soal jodoh ini juga, hendaklah kita serah kepada Allah. Apabila timbul pula persoalan, kenapa orang itu, sudah lanjut usia tetapi masih belum bertemu jodoh? Di sini ustaz itu menegaskan, Allah itu maha Adil, setiap manusia yang diciptakan itu berpasangan. Bagi anda yang jodoh tidak kunjung tiba hingga ke akhir hayat, sebenarnya Allah memelihara anda daripada lelaki/ perempuan jahat yang ada di dunia ini. Jodoh anda sebenarnya lebih baik dan mungkin dia telah meninggal dunia, jadi anda bakal bertemunya di syurga nanti.. J…sebab itulah, sekarang ramai yang bercerai-berai, sebabnya mereka berkahwin dengan bukan jodoh mereka. 
(*boleh dirujuk semula dlm rancangan Tanyalah Ustaz(Ibu Mertuaku. part2), saya bimbang tersalah faham)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Allah..Kuatkan Aku..Tenangkan Jiwaku

carian google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersabar dan Berserah pada ALLAH

carian google


carian google

carian google




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

InsyaAllah...baik-baik saja


Alhamdulillah semua...19/08 kita semua menyambut 1 Syawal, moga-moga segala amal ibadat kita sepanjang Ramadhan diterima Allah dan mendapat pengampunan dariNya. Sekejap cuma rasanya Ramadan berlalu. Walaupun hari raya tahun ini disambut secara sederhana, namun tetap meriah. Tambah-tambah lagi apabila menerima kunjungan dari sanak saudara sebelah nenek dan juga ibu ayah. Terima kasih kepada semua yang hadir. InsyaAllah moga-moga masih dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan kami semua tabah, dikuatkan iman untuk menghadapi hidup ini..Amin.. 


Berkunjung ke rumah pak cik

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mati Itu Pasti


Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?
Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.
Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.
Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.
Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.
" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)
-dipetik dari Artikel iluvislam.com
Carian Google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Usah Resah dan Gelisah

Bila berbicara soal jodoh, hati yang masih belum berpunya pasti merasa resah, gelisah, rendah diri dan ada yang lebih teruk, menyalahkan Pencipta atas takdir yang berlaku. Hal ini selalu berlaku bagi diri yang belum berpunya, lebih-lebih lagi bila umur kian meningkat, tika teman-teman lain bahagia bersama pendamping hidup tercinta, ditambah pula kehadiran buah cinta yang comel, hati pasti sebak, memang berat mata memandang, tapi siapa tahu betapa berat bahu yang memikul, lebih-lebih lagi buat wanita. Hati pasti tersentuh, walaupun senyuman masih terukir, namun dalam hati siapa yang tahu. Mengayuh kolek kecil sendirian, memang memenatkan, mengharap ada yang menanti di pelabuhan. Namun itu semua belum pasti.

       Namun, hidup ini bukanlah satu pilihan. Tiada siapa yang berhak memilih jantina mereka, tiada siapa yang berhak memilih lahir dari keturunan ternama. Hakikatnya itu semua rencana yang telah diaturkan oleh Pencipta. Kita sebagai yang dicipta harus bersyukur dengan nikmat yang dikurnia, sabar dan redha atas kesulitan yang dialami. Berfikirlah secara positif. Nikmat dan kebahagiaan hidup ini tidak hanya tertumpu di dunia yang fana ini. Kita masih punya akhirat yang menjadi destinasi terakhir. Dunia ini hanya tempat kita menyemai benih-benih amal, akhiratlah tempat kita mengecapi hasilnya. Jika baik benihnya, insyaAllah baiklah hasil tuaian kita nanti. Kita harus faham sedalamnya, memang setiap sesuatu dijadikan berpasangan. Namun, seperti yang dinyatakan, kehidupan bukan hanya tertumpu di dunia. Jadi, andainya ditakdirkan hidup kita di dunia ini tiada berteman, insyaAllah akan ada yang menanti di sana. Mungkin juga dia di sana sudah tidak sabar-sabar menunggu kita. Bersabarlah dengan setiap yang berlaku, pasti ada sinar kebahagiaan di penghujungnya. Jika masih belum bertemu kebahagiaan, itu bermakna kita masih belum di penghujung. Adulah padaNya, insyaAllah hati akan bertemu tenangnya. 



Carian Google


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shopping Buku..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menebus baucer buku walaupun sekarang di penghujung April. Alhamdulillah juga, terima kasih kepada teman baik yang memperkenalkan buku 'Inspirasi Cinta Terhebat'.. Saya terus ke kedai buku mencari buku tersebut...alhamdulillah sekali lagi, masih ada untuk saya. Memang hebat la buku ni...walaupun baru beberapa muka yang mampu dibaca lantaran kesibukan dan kepenatan bekerja...alhamdulillah memberi inspirasi dan semangat baru kepada saya...

Carian Google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabar, Sabar dan Sabar

Dalam meniti kehidupan seharian, sepanjang perjalanan ini, pelajaran yang senantiasa aku dapatkan adalah SABAR. Bersabar di atas segala musibah dan ujian dalam hidup. Hati selalu mengingatkan diri tentang indahnya Sabar. Mungkin kita tidak nampak akan hikmah sabar tatkala hati sedang membuak-buak marah. Di sini ada beberapa potong ayat yang harap2nya dapat mengubat hati yang sedih ataupun marah yang membuak2:


  • Apabila seseorang menyakitimu maka ingatlah qadha' dan qadar dan keutamaan memberi maaf, pahala berlemah lembut, ganjaran bersabar, orang itu berbuat zalim dan engkau kena zalim, oleh kerana itu engkaulah yang paling beruntung.
  • Qadha' itu sudah terlaksana, ajal dan rezeki itu sudah ditentukan, lalu mengapa engkau bersedih? Sakit, kemiskinan dan musibah dengan pahalanya, lalu mengapa engkau susah?
  • Manisnya kemenangan adalah menghilangkan kepahitan bersabar. Lazatnya kemenangan adalah menghilangkan kelelahan dan kesusahan. Pekerjaan yang sempurna menghilangkan kesulitannya.
(Dipetik dari buku Kebahagiaan Ada Pada Diri Anda karya Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS