Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

La Tahzan

Carian Google

Kita seringkali mendengar dan melihat, pabila seseorang itu mengalami kekecewaan atau kegagalan atau yang sewaktu dengannya...menyalahkan diri sendiri atau ada juga menyalahkan takdir, seolah-olah mereka dapat menentukan suatu perkara itu terjadi atau tidak. Hakikatnya, hidup kita sebenarnya telah diaturkan oleh Tuhan. Cuma kita sebagai manusia, pabila berlaku kekecewaan, terus-terusan bersedih, meraung-raung seakan tidak merelakan perkara itu terjadi. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai manusia adalah sabar dan redha dengan setiap ketentuanNya. Bukannya kita tidak boleh menangis bila berhadapan dengan situasi tersebut, tetapi menangis biarlah berpada-pada, jangan sampai kita kufur pada yang Esa. Kita hanya manusia yang lemah, memang wajar kita menangis, kalau tidak menangis, memang hebat lah orang itu.

Carian Google
Apabila kita bersedih, ingatlah ada orang lain yang lebih sedih dan derita daripada kita. Mungkin kesedihan kita ini langsung tidak membekas di hati mereka yang lebih lagi menanggung sengsara dari kita. Sebaliknya, bersyukurlah Tuhan masih mengingati kamu, dengan cara memberi ujian kepada kamu, itu tanda kasihNya. Beruntungnya kamu kerana sentiasa menjadi insan yang terpilih untuk diuji. Sayangnya Tuhan pada kamu kerana tidak membiarkan kamu jauh dariNya.

Carian Google
Tiada kata atau madah yang boleh diungkapkan untuk diri ini apabila menghadapi kesulitan@kekecewaan@kesedihan dalam hidup melainkan SABAR dan REDHA. Kerana tiada sesuatu yang terjadi itu sia-sia melainkan sebagai pengajaran@peringatan@penghapus dosa kita semua.

Carian Google
Hadapilah dengan Senyuman, Hidup ini Satu Perjuangan, Jangan Mudah Berputus Asa...
Hargailah Setiap Detik yang Berlaku di samping Insan-insan yang Ada Di Sisimu...  

** ingatan untuk diri sendiri sahaja..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 ulasan:

YNA berkata...

biarpun hati tak rela tapi kena redha :)

salam kenal :)

kaiyisah farhunnisa berkata...

ya, itulah yang sebaiknya..Allah itu maha adil, tidak dijadikan tiap sesuatu itu sia-sia.. :)

salam perkenalan juga.. :)

Catat Ulasan