Rindu Pada siDIA...
carian Google |
Hakikat Bahagia
Hayati lirik ini, menyedarkan kita apa itu 'Hakikat Bahagia'..
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Sumber http://www.hijjaz.com.my
Tahniah Dik!!
Jangan Berprasangka Buruk Sesama Insan, Apalagi pada ALLAH SWT
*dipetik dari buku 'Bila ALLAH Menduga Kita' karya Syed Alwi Alatas..
La Tahzan
Carian Google |
Carian Google |
Carian Google |
Carian Google |
Nur Malam
Segenggam Tabah
(dari http://www.liriknasyid.com)
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Cara Wardina Saffiyah Mendidik Anak Solat
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm.
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda… |
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
(hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) – lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
Sedekah dan Keberkatannya
dipetik dari http://www.jais.gov.my (khutbah Jumaat, 02/10/2009)
Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T ,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kapada Allah S.W.T dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang paling bertaqwa.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,
Tidak semua orang dijadikan susah dan tidak semua pula dijadikan senang. Kaya dan miskin, senang dan susah, bahagia dan derita. Penuntuan Allah S.W.T yang harus diterima dengan syukur dan pasrah. Yang penting semuanya harus bersedia menghulurkan sebarang bentuk sumbangan mengikut keupayaan masing-masing. Islam mengsyariatkan sekekah bagi melahirkan suasana harmorni dalam kehidupan ini. Sedekah membuka pintu rezeki, jangan kita tutupkan pintu ini. Sedekah menyediakan jalan kebajikan, janagan kita sekatkan jalan ini. Sedekah memandu kelorong kebahagiaan jangan kita sempitkan lorong ini.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-fajar ayat 15-16
Bermaksud :
” ( Dalam pada ini manusia tidak menghiraukan balasan akhirat ), oleh yang demikian, maka banyak manusia apabila diuji oleh tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetepi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya :
”Tuhanku telah memuliakan daku!”, sebaliknya apabila ia diuji oleh tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan resah gelisah ) serta membebel dengan katanya : ”tuhanku telah meghina aku! ”
Hadirin yang dirahmati Allah S.W.T,
Mengapa perlu kita bersedekah?. Sedekah dalam ertinya yang luas ialah sesuatu pemberian yang diberikan oleh seseorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara sukareladengan hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah S.W.T. Malah sedekah tidak terhenti pada pemberian sesama manusia, tetapi juga mencakupi mahluk lain yang hidup.
Kita perlu bersedekah kerana terdapat banyak ayat-ayat al-quran menggesa dan memerintah kaum muslimin supaya banyak bersedekah. Antaranya firman Allah S.W.T dalam surah al-bakarah ayat 254
Bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman!, belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari ( kiamat ) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman (yang memberi mamfaat ) serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim”.Harta yang darinya dikeluarkan sedekah akan menjadi subur dan berkembang. Tidak seperti harta riba yang akan musnah, hilang berkatnya dan mengheret tuannya ke neraka. Allah S.W.T berfirma dalam surah al-bakarah ayat 276
Bermaksud :
” Allah S.W.T kurangkan ( kebaikkan harta yang dijalankan dengan mengambil ) riba dan ia pula mengembangkan ( berkat harta yang dikeluarkan ) sedekah-sedekah dan zakatnya”.
Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :
” Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah. Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”.
( Riwayat muslim )
Orang yang diuji dengan sakit, hendaklah berusaha mengubati penyakitnya itu. Salah satu dari caranya adalah dengan memberi sedekah.
Rasulullah SAW telah bersabda :
”Ubatikanlah orang sakit diantara kamu dengan sedekah”.
Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa. Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.
Sabda rasulullah SAW:
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T!,
Hukum sedekah :
Ulama’ feqah bersepakat bahawa hukum asal sedekah adalah sunat, berpahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan. Ada kalanya sedekah menjadi wajib, contoh yang mudah ialah jika seseorang itu bertemu dengan seseorang yang menderita kelaparan teruk hingga mengamcam jiwanya, sementara orang yang melihatnya tadi mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukannya. Maka ketika itu adalah wajib memberikan sedekah padanya. Ada ketikanya sedekah menjadi haram, jika seseorang yang bersedekah itu tahu dengan pasti bahawa penerima akan menggunakannya kejalan maksiat.
Sedekah adalah lebih utama dan afdal jika dihulurkan secara diam-diam, berbanding dengan cara yang berterang-terangan. Abu Hurairah r.a ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada menjelaskan :
”Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”.
Sedekah lebih utama diberikan kepada kaum kerabat terdekat yang sedang memerlukannya sebelum diberikan kepada orang lain. Namun sedekah sewajarnya diberikan kepada orang yang benar-benar sedang memerlukan kepada huluran tangan orang lain.Menyentuh apa yang utama disedekahkan, para fuqaha’ berpendapat bahawa digalakkan bersedekah barang yang berkualiti dan disukai oleh penerimanya. Lumrahnya, manusia suka memberi barang yang tidak diperlukannya, tetapi Allah S.W.T sangat menggalakkan supaya menghulurkan sesuatu yang sangat disayangi pemberi. Sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-imran ayat 92
Bermaksud :
” Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebagikan dan keberkatan ( yang sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa juga yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahuinya ”.
Apa yang boleh disedekahkan?. Semua bentuk kebaikkan, samada yang bersifat metarial atau bukan metarial asalkan halal boleh dijadikan bahan sedekah.
Rasulullah SAW bersabda :
” Semua kebaikan adalah sedekah ”.
( Riwayat al-bukhari )
Keterbatasan harta bukan menjadi halangan untuk bersedekah, sesekah dapat dilaksanakan dengan berbagai bentuk dan boleh meraih pahalanya, antaranya :
1. Sedekah dengan hati iaitu berazam dan berniat untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan dengan apa yang dimiliki.
2. Sedekah dengan lisan seperti berzikir, berkata yang baik. Amar makruf dan nahi mungkar, mengucap salam dan lain-lain.
Sabda Rasulullah SAW :
” Perkataan yang baik adalah sedekah ”.
( Riwayat al-bukhari )
3. Sedekah dengan perkatan seperti senyum, ibadat, berjalan ketempat sembahyang untuk berjemaah, bergotong-royong, menolong orang, menunjukkan jalan, memberi nafkah kepada keluarga, memberi pinjaman, menaman pokok yang mendatangkan faedah, menahan diri dari melalukan maksiat, mengajar ilmu yang bermanfaat dan banyak lagi.
Kesimpulannya : Baik orang miskin atau kaya sama berpeluang untuk bersedekah dan meraih pahala, sesuai dengan keadaan persekitaran dan kemampuan yang dimiliki. Banyak pilihan dalam bersedekah disediakan olah islam demi untuk meraih pahala dan berkat, menghulurkan sedekah merupakan jihad.
”Allah S.W.T melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk ( yang tidak turun berperang kerana uzur ) dengan satu darjat ( kelebihan ). Dan tiap-tiap satu ( dari dua golongan ini ) Allah S.W.T menjanjikan dengan balasan yang baik ( syurga ), dan Allah S.W.T melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk ( tidak turun berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran ) dengan pahala yang amat besar”.
Untukmu Para Penuntut Ilmu
Google search |
“Dan bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kalian tidak mengetahui.” (al-Anbiya: 7)
Rasulullah bersabda:
مَنْ يرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ
“Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Allah akan memahamkannya dalam agama.”
Adapun perkara yang paling penting dalam menuntut ilmu adalah membaca Al-Qur’an Al-Karim dan memahami maknanya, serta mencurahkan perhatian dan mempelajari sunnah-sunnah Rasulullah , juga mengambil faedah dari kitab-kitab Ahlus Sunnah, kitab tafsir Al-Qur’an Al-Karim, dan kitab-kitab yang menerangkan hadits-hadits Nabi buah karya para ulama yang terkenal dengan keilmuannya, kebaikan agama dan akidahnya. Rasul bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (Sahih, HR. al-Bukhari dalam Shahih-nya)
Beliau juga mengatakan,
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
“Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. Tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu dari rumah-rumah Allah yang mereka membaca Kitabullah dan saling mengajarkannya di antara mereka, kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada siapa saja yang ada di sisi-Nya. Barang siapa yang berlambat-lambat dalam amalannya, niscaya tidak akan bisa dipercepat oleh nasabnya.” (HR. Muslim dalam Shahih-nya)
Telah diketahui bahwasanya mempelajari syariat Allah —yang untuk tujuan itulah manusia diciptakan—adalah kewajiban yang paling penting. Allah telah memudahkan jalan untuk menuntut ilmu bagi semua orang, baik itu melalui siaran Idza’ah Al-Qur’an Al-Karim1, Nur ‘alad Darb2, maupun halaqah-halaqah ilmu yang diadakan di masjid, atau melalui kajian intensif ilmiah dan media yang lain. Seorang mukmin ataupun mukminah wajib untuk memerhatikan dan mengambil faedah darinya, di mana pun dia berada.
Yang perlu diperhatikan adalah larangan menyimak segala sesuatu yang dapat merusak hati dan akhlak, seperti nyanyian, kaset-kaset yang menyimpang, ataupun alat-alat musik. Semua ini merusak hati dan akhlak, sehingga wajib untuk memperingatkannya dan menasihatkan untuk meninggalkannya, dalam rangka mengamalkan firman Allah:
“Demi masa. Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh serta orang-orang yang saling berwasiat dengan al-haq dan saling berwasiat di dalam kesabaran.” (al-‘Ashr: 1—3)
Juga sabda Nabi n:
الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ، قِيْلَ: لِمَنْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: لِلهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ
“Agama ini adalah nasihat.” Kemudian ditanyakan kepada beliau, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?” Beliau mengatakan, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, dan untuk para imam kaum muslimin serta orang-orang awam di kalangan mereka.” (Sahih, HR. Muslim dalam Shahih-nya)
Perkara yang harus diperhatikan sungguh-sungguh dan harus saling diwasiatkan oleh kaum muslimin semuanya, adalah menyeru manusia kepada Allah serta memerintahkan mereka kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Karena hal ini merupakan sebab terbesar yang dapat memperbaiki hati dan masyarakat. Dengannya kemuliaan mereka akan tampak dan kehinaan akan tertutupi. Dalil-dalil tentang hal ini sangatlah banyak, di antaranya
“Dan tolong-menolonglah kalian di dalam kebaikan dan takwa serta janganlah kalian tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)
“Dan orang laki-laki yang beriman dan wanita yang beriman adalah wali sebagian yang lain. Mereka saling memerintahkan kepada hal yang ma’ruf dan melarang kepada yang mungkar serta mereka mendirikan shalat dan mereka menunaikan zakat. Dan mereka menaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang selalu dirahmati oleh Allah. Sesungguhnya Allah Mahamulia dan Mahasempurna Hikmah-Nya.” (at-Taubah: 71)
Juga sabda Nabi:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia mendapatkan pahala semisal dengan orang yang melakukannya.” (Sahih, HR. Muslim dalam Shahih-nya)
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيْمَانِ
“Barang siapa di antara kalian yang melihat satu kemungkaran hendaknya ia mengubah dengan tangannya. Apabila tidak mampu hendaknya ia mengubahnya dengan lisannya, namun apabila tidak mampu maka dengan hatinya, dan ini adalah selemah-lemah keimanan.” (Sahih, HR. Muslim dalam Shahih-nya)
Di samping itu masih banyak ayat dan hadits dalam masalah ini.
Tidak diragukan lagi bahwa kewajiban para pengajar lebih berat daripada kewajiban murid-muridnya. Wajib bagi mereka untuk memerhatikan anak didiknya serta mengarahkan mereka agar memiliki akhlak mulia, sifat-sifat yang terpuji dan mengamalkan apa yang telah mereka ketahui. Kewajiban para pengajar wanita adalah bertakwa kepada Allah dalam mendidik murid-murid perempuan mereka, serta mengajarkan kepada mereka akhlak mulia yang dilandasi oleh agama dan akidah yang benar di dalam setiap pelajaran dan nasihat, sehingga akan muncul generasi yang saleh dari kalangan para pelajar dan pengajar, kelak di kemudian hari.
Kewajiban para pengajar merupakan sesuatu yang besar, demikian pula dakwah kepada Allah merupakan kewajiban yang besar bagi setiap orang. Oleh karena itu, setiap orang yang berilmu wajib mengajari anak-anaknya serta keluarganya dan selain mereka sesuai kemampuannya. Begitu pula setiap wanita yang berilmu, wajib mengajari anak-anak, saudara perempuannya, dan para wanita di sekelilingnya. Hendaknya ia mengambil kesempatan dalam pertemuan-pertemuan, seperti walimah dan yang lainnya, untuk berdakwah kepada Allah dan memerintahkan perkara yang ma’ruf serta mencegah dari perkara-perkara yang mungkar, memberikan peringatan kepada kaumnya, mengajari serta memberi petunjuk kepada mereka. Ketika melihat saudaranya ber-tabarruj3 di hadapan laki-laki atau di jalanan, hendaknya ia melarang dan memperingatkannya dari perbuatan seperti itu. Ia harus pula memperingatkan anak-anak, saudara-saudara perempuan ataupun tetangga, dan selain mereka, dari rasa malas menunaikan shalat, mengajak mereka untuk melakukan kebaikan, serta melarang mereka dari kemungkaran. Inilah kewajiban setiap orang, sebagaimana Allah berfirman:
“Dan laki-laki yang beriman dan perempuan yang beriman sebagian mereka adalah wali bagi sebagian yang lain.” (at-Taubah: 71)
Makna (wali) di sini adalah bahwasanya mereka saling mencintai karena Allah sehingga mereka tidak saling bermusuhan. Seorang mukmin adalah wali bagi saudaranya sesama muslim, demikian juga seorang mukminah adalah wali bagi bagi saudaranya yang muslim. Mereka harus saling memerintahkan kepada kebaikan dan memperingatkan dari kemungkaran, saling menasihati karena Allah. Dengan demikian, seorang suami seharusnya memerintahkan istrinya kepada perkara yang ma’ruf dan melarangnya dari perkara yang mungkar. Demikian pula yang dilakukan seorang istri, ketika melihat suaminya melalaikan shalat, meminum minuman yang memabukkan, merokok, atau memotong jenggotnya, maka ia mengatakan kepada suaminya, “Bertakwalah kepada Allah, tidak sepantasnya kau melakukan hal ini. Bagaimana bisa engkau menyukai perbuatan jelek seperti itu? Bagaimana bisa engkau bermaksiat terhadap Rabbmu?”
Hendaknya dia menyampaikan ucapannya dengan kata-kata yang lembut dan cara yang baik. Jangan sampai ia merasa sungkan ataupun bosan. Demikian pula semestinya yang dia tunaikan terhadap ayahnya, saudaranya, ibunya, tetangga, maupun teman-temannya. Inilah yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslimin dan muslimah di mana pun mereka berada dan apa pun profesi mereka. Hal ini adalah kewajiban mereka sesuai kemampuan dan ilmu yang mereka miliki.
Saya memohon kepada Allah dengan seluruh nama-Nya yang terpuji dan sifat-sifat-Nya yang tinggi, agar Dia memberi taufik kepada kita beserta seluruh kaum muslimin menuju perkara-perkara yang diridhai-Nya, menunjukkan kepada kita jalan-Nya yang lurus dan menganugerahkan pemahaman dan kekokohan dalam agama. Semoga kita dikaruniai taufik untuk menegakkan kewajiban dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya serta saling menasihati kepada Allah dan hamba-hamba-Nya. Tak luput saya wasiatkan kepada seluruh kaum muslimin agar mereka berdoa bagi saudaranya yang jauh, yang tidak di hadapannya, dan hendaknya mendoakan para pemimpin di dalam shalat atau ketika akhir malam agar mendapatkan taufik dan hidayah serta kebaikan dan perbaikan.
Pemerintah sangatlah membutuhkan doa, agar Allah memperbaiki mereka dan memperbaiki keadaan masyarakat dengan adanya mereka serta memberi petunjuk kepada mereka dan memberi petunjuk kepada masyarakat dengan keberadaan mereka. Oleh sebab itu, mereka pantas untuk mendapatkan doa. Bagi para pemimpin negeri ini (
Allah berfirman:
“Katakanlah inilah jalanku.” (Yusuf: 108)
Maknanya: Katakanlah wahai Muhammad, inilah jalanku di mana aku dan para pengikutku menyeru kepada Allah di atas bashirah (cahaya/ ilmu).
Demikianlah para pengikut Nabi baik dari kalangan laki-laki maupun perempuan mereka menyeru manusia kepada Allah di atas bashirah (cahaya/ilmu), memperingatkan manusia dari bermaksiat kepada-Nya, dan mereka memberi bimbingan kepada manusia menuju kebaikan. Allah berfirman:
“Serulah manusia kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (an-Nahl: 125)
Ayat ini tidak khusus bagi laki-laki tanpa mencakup wanita ataupun sebaliknya, tetapi merupakan kewajiban bagi mereka semua sekadar ilmu dan kemampuan mereka. Sebagaimana firman-Nya:
“Bertakwalah kalian kepada Allah semampu kalian.” (at-Taghabun: 16)
Kami memohon taufik kepada Allah dan memohon hidayah serta kekokohan dan kesudahan yang baik bagi seluruh kaum muslimin. Semoga Allah memberi taufik kepada kita semuanya menuju perkara yang diridhai-Nya dan semoga Ia memberi petunjuk kepada kita menuju jalan-Nya yang lurus. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Mahadekat. Dan shalawat serta salam kepada Nabi kita Muhammad, para sahabat beliau dan orang-orang yang mengikuti beliau dengan baik hingga hari kiamat.
(Diterjemahkan dari Mauqi’ Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa Maqalat, juz 9)
2 Salah satu acara radio di
3 Tabarruj adalah berhias dan menampakkannya di hadapan laki-laki selain mahramnya. (pen.)
Google search |
Menyayangi Binatang
Google search |