Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tenang itu Anugerah

Google


Alhamdulillah…syukur padaMu ya Allah, atas ketenangan yang Engkau anugerahkan kepadaku. Memang kita manusia tidak pernah sunyi dari ujian, sama ada ketenangan, kegembiraan, kekalutan atau musibah. Walaupun kadangkala diriku berasa terlalu berat ujianMu ya Allah dan berpanjangan yang entah bila akan berakhir, namun aku bersyukur padaMu ya Allah, kerana masih ada tempat untukku merintih, merayu dan mengharap…meyakinkanku pada satu kuasa, ya.. kuasa itu hanya padaMu ya Allah.

Dalam kesedihan, Engkau masih mengurniakanku KETENANGAN. Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata, tidak dapat digambarkan dengan mata…tetapi rasa itu Ada. Terima kasih ya Allah. Mendidik jiwaku untuk senantiasa bersangka baik, berfikiran positif. Mengingatkanku pada ayat ‘boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu’ – (al-baqarah 216) dan ‘barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak’ (an-nisa’ 19). Ayat-ayat Allah inilah yang menjadi penawar di kala diri ini terlalu lemah dan seakan tidak berdaya menanggung segala yang tertulis. Terima kasih ya Allah…terima kasih atas Ketenangan yang diberikan.


Google


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penantian

Penantian adalah suatu ujian
Tetapkanlahku selalu dalam harapan
Kerana keimanan tak hanya diucapkan
Adalah ketabahan menghadapi cubaan
carian Google

Sabarkanlah ku menanti pasangan hati
Tuluskan ku sambut sepenuh jiwa ini
Di dalam asa diri menjemput berkahMu
Tibalah izinMu atas harapan ini

Rabbi
Teguhkanlah ku di penantian ini
Berikanlah cahaya terang ku selalu

Rabbi
Segala upaya hambaMu ini
Hanyalah bersandar semata kepadaMu

Rabbi
Redhailah penantian ku ini
Hadirkanlah ketenteraman di dalam hati

Rabbi
Hanya padaMulah doaku ini

Tuhan tempatku mengadu segala resah ini



carian Google

**Penantian daripada Seismic

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Episod Shopping 2....

Assalamualaikum semua....semoga kita semua diberikan kesihatan rohani dan jasmani...insyaAllah

Kunjungan sahabat dari jauh ke tempat kerja saya pada awal minggu ini memberi peluang sekali lagi kepada kami untuk berkongsi hobi yang sama....ke mana lagi kami kalau bukan ke toko buku. Kedatangan sahabat bersama buku terbaru dibelinya membuatkan saya teruja untuk memiliki sama buku tersebut. Tambahan pula pengarangnya sama dengan buku yang dibeli 'roommate' yang telah saya imbas sekali lalu...ternyata memang menarik. Berkongsi info mengenai isu orang Islam sekarang dan juga isi-isi yang dimuatkan dalam buku tersebut...membuatkan hati kami semakin teruja untuk memiliki kedua-dua buku tersebut. Apalagi, waktu rehat tengahari digunakan sebaik mungkin untuk ke toko buku, mencari buku diidam-idamkan. Semua toko buku di sekitar KK kami lawati, namun belum rezeki kami, jawapan yang diterima.."Maaf dik, buku tersebut telah habis", "Oo..buku tu tidak ada di sini"...Senyum sahaja lah.. :)...

     Namun kami tetap tidak berputus asa. Pencarian diteruskan melalui toko buku online..namun situasi yang sama dihadapi. Cara ketiganya, kami mencari no telefon kedai buku yang terdapat di negeri ini, untuk bertanyakan info buku tersebut. Sahabat yang bertindak menelefon toko-toko buku tersebut...terima kasih adikku sayang..:)..Alhamdulillah, ADA. Selesai  kerja petang itu, kami terus ke toko buku tersebut. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Akhirnya buku tersebut dalam selamat dalam beg kami...:) Terima kasih sahabat...juga pada adik tersayang yang menolong kakakmu mendapatkan buku dihajati (Art of Deception).



Antara buku Jerry D. Gray


Hanya 2 buku yang baru dimiliki. Buku Art of Deception belum sampai ke tangan kami.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nikmat Sihat Sebelum Sakit

Assalamualaikum buat semua...sekarang kita telahpun berada hampir pertengahan Rejab...tidak lama lagi tibalah Ramadhan yang dinanti-nanti. Lama sudah rasanya blog ini tidak di'update'. Bukannya tiada cerita atau idea, namun dek keterbatasan masa, belum satu pun post bagi tahun 2013 ni. Sebenarnya pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku dan semestinya segalanya tersembunyi sejuta hikmah buat saya dan kita semua.Saya pun tidak tahu hendak bermula di mana. Namun permulaan 2013 telah membuka satu lembaran baru buat saya, berhadapan dengan realiti hidup yang tidak selalunya indah. Dalam kita gembira, ingatlah masih ada yang berduka atau menderita. Itulah sebabnya kita diajar agar bersederhana dalam apa jua keadaan. Jika kita terlalu gembira, teruja, ingatlah orang lain di sekeliling kita, bagaimana keadaan mereka. Begitulah sebaliknya, andai kita terlalu sedih dan kecewa, ingatlah pasti ada orang yang lebih hebat lagi ujian yang diberi untuk mereka.

        Pengalaman melihat sendiri perit pedih pesakit-pesakit di hospital yang menghidapi pelbagai jenis penyakit, tanpa mengira umur, mengingatkan saya betapa perlunya kita bersyukur dengan nikmat sihat yang diberikan oleh Allah kepada kita. Gunakanlah nikmat sihat ini untuk terus memperbaiki dan mendekatkan diri pada Allah. Di mana jika dipandang dari segi tenaga, ketika kita sihat inilah tenaga kita berada pada tahap yang optimum. Gunakanlah peluang ini untuk lebih dekat denganNya.

carian Google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkongsian Ilmu...


Dalam program Tanyalah Ustaz (di tv9) pagi tadi (24/9/12).., tajuk Ibu Mertuaku (bhgn 2)(nama ustaz saya lupa), banyak ilmu berkaitan tanggungjawab mertua, anak dan menantu dalam meniti alam rumahtangga. Menurut ustaz tersebut, kedudukan ibu mertua adalah sama seperti ibu kita sendiri. Maknanya, sesiapa yang menghina ibu orang lain (ibu mertua) sama seperti menghina ibu sendiri, begitulah perumpamaannya. Salah satu soalan yang dikemukakan penonton dan saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua adalah mengenai soal jodoh. Jika tiada suami/ isteri bermakna tiadalah mertua…J.  Di sini penonton tersebut bertanyakan cara mendapatkan jodoh. Jawapan yang diberikan ustaz, cukup bermakna. Ustaz itu menyarankan si teruna/ dara mengamalkan surah ‘alam nashroh’, biasanya dibaca dalam bilangan ganjil, 3/5/7…sebanyak mungkin (tapi diniatkan ikhlas kerana Allah). Selesai membaca surah tersebut, *hembus nafas sehabisnya dan kemudian, tarik nafas sedalam-dalamnya …insyaAllah melalui amalan ini, sebenarnya membangkitkan aura pada diri kita. Aura yang membuatkan orang tertarik pada kita, menyerikan wajah kita. Dan soal jodoh ini juga, hendaklah kita serah kepada Allah. Apabila timbul pula persoalan, kenapa orang itu, sudah lanjut usia tetapi masih belum bertemu jodoh? Di sini ustaz itu menegaskan, Allah itu maha Adil, setiap manusia yang diciptakan itu berpasangan. Bagi anda yang jodoh tidak kunjung tiba hingga ke akhir hayat, sebenarnya Allah memelihara anda daripada lelaki/ perempuan jahat yang ada di dunia ini. Jodoh anda sebenarnya lebih baik dan mungkin dia telah meninggal dunia, jadi anda bakal bertemunya di syurga nanti.. J…sebab itulah, sekarang ramai yang bercerai-berai, sebabnya mereka berkahwin dengan bukan jodoh mereka. 
(*boleh dirujuk semula dlm rancangan Tanyalah Ustaz(Ibu Mertuaku. part2), saya bimbang tersalah faham)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Allah..Kuatkan Aku..Tenangkan Jiwaku

carian google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersabar dan Berserah pada ALLAH

carian google


carian google

carian google




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS