Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Al I'tiraf song by Haadad Alwi


sumber www.youtube.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jejak Cita..


sumber dari nuhana89@youtube

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

La Tahzan

Carian Google

Kita seringkali mendengar dan melihat, pabila seseorang itu mengalami kekecewaan atau kegagalan atau yang sewaktu dengannya...menyalahkan diri sendiri atau ada juga menyalahkan takdir, seolah-olah mereka dapat menentukan suatu perkara itu terjadi atau tidak. Hakikatnya, hidup kita sebenarnya telah diaturkan oleh Tuhan. Cuma kita sebagai manusia, pabila berlaku kekecewaan, terus-terusan bersedih, meraung-raung seakan tidak merelakan perkara itu terjadi. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai manusia adalah sabar dan redha dengan setiap ketentuanNya. Bukannya kita tidak boleh menangis bila berhadapan dengan situasi tersebut, tetapi menangis biarlah berpada-pada, jangan sampai kita kufur pada yang Esa. Kita hanya manusia yang lemah, memang wajar kita menangis, kalau tidak menangis, memang hebat lah orang itu.

Carian Google
Apabila kita bersedih, ingatlah ada orang lain yang lebih sedih dan derita daripada kita. Mungkin kesedihan kita ini langsung tidak membekas di hati mereka yang lebih lagi menanggung sengsara dari kita. Sebaliknya, bersyukurlah Tuhan masih mengingati kamu, dengan cara memberi ujian kepada kamu, itu tanda kasihNya. Beruntungnya kamu kerana sentiasa menjadi insan yang terpilih untuk diuji. Sayangnya Tuhan pada kamu kerana tidak membiarkan kamu jauh dariNya.

Carian Google
Tiada kata atau madah yang boleh diungkapkan untuk diri ini apabila menghadapi kesulitan@kekecewaan@kesedihan dalam hidup melainkan SABAR dan REDHA. Kerana tiada sesuatu yang terjadi itu sia-sia melainkan sebagai pengajaran@peringatan@penghapus dosa kita semua.

Carian Google
Hadapilah dengan Senyuman, Hidup ini Satu Perjuangan, Jangan Mudah Berputus Asa...
Hargailah Setiap Detik yang Berlaku di samping Insan-insan yang Ada Di Sisimu...  

** ingatan untuk diri sendiri sahaja..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nur Malam


Album : Saujana
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Renungi malam ini rasa kesangsian 
Ku kini berada di alam yang sunyi 
Hanya bertemankan bintang dan bulan 
Di malam kelam 

Hembusan angin bayu pastikan berlalu 
Seiring dosa lalu yang membelengguku 
Moga semalam jadi pedoman 
Dan pengajaran 

Langkah kaki kananku 
Menyusuri rumah suci 
Bermula episod baru 
Dalam ketulusan hati 

Bila hati menghadap tuhan 
Baru kusedar ada kelemahan 
Terasa kerdil berbanding Yang Esa 
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan 

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu 
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu 
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku 

Inginku ubah cara hidupku yang lalu 
Menjadi hamba yang diredhai selalu 
Tiada palsu wahai tuhanku Alloh yang satu 

Kuakhiri sujud dengan doa 
Semoga dikabulkan hajat 
Dijauhkan duka lara 
Kuharap terimalah taubat

Google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Segenggam Tabah

(dari http://www.liriknasyid.com)


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Wardina Saffiyah Mendidik Anak Solat

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm.

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

Google
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat.
(hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) – lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 tahun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5)kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Google
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!
I love you all!!! Good night…..
But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedekah dan Keberkatannya

dipetik dari  http://www.jais.gov.my (khutbah Jumaat, 02/10/2009)


Google


Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T ,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kapada Allah S.W.T dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang paling bertaqwa.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,
Tidak semua orang dijadikan susah dan tidak semua pula dijadikan senang.  Kaya dan miskin, senang dan susah, bahagia dan derita.  Penuntuan Allah S.W.T yang harus diterima dengan syukur dan pasrah.  Yang penting semuanya harus bersedia menghulurkan sebarang bentuk sumbangan mengikut keupayaan masing-masing.  Islam mengsyariatkan sekekah bagi melahirkan suasana harmorni dalam kehidupan ini. Sedekah membuka pintu rezeki, jangan kita tutupkan pintu ini.  Sedekah menyediakan jalan kebajikan, janagan kita sekatkan jalan ini.  Sedekah memandu kelorong kebahagiaan jangan kita sempitkan lorong ini.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-fajar ayat 15-16
Bermaksud :
” ( Dalam pada ini manusia tidak menghiraukan balasan akhirat ), oleh yang demikian, maka banyak manusia apabila diuji oleh tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetepi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya :
”Tuhanku telah memuliakan daku!”, sebaliknya apabila ia diuji oleh tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan resah gelisah ) serta membebel dengan katanya : ”tuhanku telah meghina aku! ”

Hadirin yang dirahmati Allah S.W.T,
Mengapa perlu kita bersedekah?.  Sedekah dalam ertinya yang luas ialah sesuatu pemberian yang diberikan oleh seseorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara sukareladengan hanya mengharapkan redha dan pahala dari Allah S.W.T.  Malah sedekah tidak terhenti pada pemberian sesama manusia, tetapi juga mencakupi mahluk lain yang hidup.

Kita perlu bersedekah kerana terdapat banyak ayat-ayat al-quran menggesa dan memerintah kaum muslimin supaya banyak bersedekah.  Antaranya firman Allah S.W.T dalam surah al-bakarah ayat 254
Bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman!, belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari ( kiamat ) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman (yang memberi mamfaat ) serta tidak ada pula pertolongan syafaat.  Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim”.Harta yang darinya dikeluarkan sedekah akan menjadi subur dan berkembang.  Tidak seperti harta riba yang akan musnah, hilang berkatnya dan mengheret tuannya ke neraka. Allah S.W.T berfirma dalam surah al-bakarah ayat 276
Bermaksud :
” Allah S.W.T kurangkan ( kebaikkan harta yang dijalankan dengan mengambil ) riba dan ia pula mengembangkan ( berkat harta yang dikeluarkan ) sedekah-sedekah dan zakatnya”.
Islam mengajar kita bahawa yang memberi lebih baik dari yang menerima.  Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah.  Rasulullah SAW dalam hadisnya ada menyatakan :
” Tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah.  Tangan yang diatas adalah pemberi dan tangan yang dibawah adalah penerima”.
( Riwayat muslim )
Orang yang diuji dengan sakit, hendaklah berusaha mengubati penyakitnya itu.  Salah satu dari caranya adalah dengan memberi sedekah.
Rasulullah SAW telah bersabda :
”Ubatikanlah orang sakit diantara kamu dengan sedekah”.
Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa.  Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.
Sabda rasulullah SAW:
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah S.W.T!,
Hukum sedekah :
Ulama’ feqah bersepakat bahawa hukum asal sedekah adalah sunat, berpahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.  Ada kalanya sedekah menjadi wajib, contoh yang mudah ialah jika seseorang itu bertemu dengan seseorang yang menderita kelaparan teruk hingga mengamcam jiwanya, sementara orang yang melihatnya tadi mempunyai makanan yang lebih dari apa yang diperlukannya.  Maka ketika itu adalah wajib memberikan sedekah padanya.  Ada ketikanya sedekah menjadi haram, jika seseorang yang bersedekah itu tahu dengan pasti bahawa penerima akan menggunakannya kejalan maksiat.

Sedekah adalah lebih utama dan afdal jika dihulurkan secara diam-diam, berbanding dengan cara yang berterang-terangan.  Abu Hurairah r.a ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada menjelaskan :
”Salah satu kelompok hamba Allah S.W.T yang mendapat naungan Allah S.W.T pada hari kiamat kelak ialah mereka yang memberi sedekah dengan tangan kanan lalu disembunyikan seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan”.

Sedekah lebih utama diberikan kepada kaum kerabat terdekat yang sedang memerlukannya sebelum diberikan kepada orang lain.  Namun sedekah sewajarnya diberikan kepada orang yang benar-benar sedang memerlukan kepada huluran tangan orang lain.Menyentuh apa yang utama disedekahkan, para fuqaha’ berpendapat bahawa digalakkan bersedekah barang yang berkualiti dan disukai oleh penerimanya.  Lumrahnya, manusia suka memberi barang yang tidak diperlukannya, tetapi Allah S.W.T sangat menggalakkan supaya menghulurkan sesuatu yang sangat disayangi pemberi.  Sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-imran ayat 92
Bermaksud :
” Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebagikan dan keberkatan ( yang   sempurna ) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa juga yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahuinya ”.
Apa yang boleh disedekahkan?.  Semua bentuk kebaikkan, samada yang bersifat metarial atau bukan metarial asalkan halal boleh dijadikan bahan sedekah.
Rasulullah SAW bersabda :
” Semua kebaikan adalah sedekah ”.
( Riwayat al-bukhari )

Keterbatasan harta bukan menjadi halangan untuk bersedekah, sesekah dapat dilaksanakan dengan berbagai bentuk dan boleh meraih pahalanya, antaranya :

1. Sedekah dengan hati iaitu berazam dan berniat untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan dengan apa yang dimiliki.

2. Sedekah dengan lisan seperti berzikir, berkata yang baik.  Amar makruf dan nahi mungkar, mengucap salam dan lain-lain.
Sabda Rasulullah SAW :
” Perkataan yang baik adalah sedekah ”.
( Riwayat al-bukhari )

3. Sedekah dengan perkatan seperti senyum, ibadat, berjalan ketempat sembahyang untuk berjemaah, bergotong-royong, menolong orang, menunjukkan jalan, memberi nafkah kepada keluarga, memberi pinjaman, menaman pokok yang mendatangkan faedah, menahan diri dari melalukan maksiat, mengajar ilmu yang bermanfaat dan banyak lagi.
Kesimpulannya : Baik orang miskin atau kaya sama berpeluang untuk bersedekah dan meraih pahala, sesuai dengan keadaan persekitaran dan kemampuan yang dimiliki. Banyak pilihan dalam bersedekah disediakan olah islam demi untuk meraih pahala dan berkat, menghulurkan sedekah merupakan jihad.

”Allah S.W.T melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk ( yang tidak turun berperang kerana uzur ) dengan satu darjat ( kelebihan ).  Dan tiap-tiap satu ( dari dua golongan ini ) Allah S.W.T menjanjikan dengan balasan yang baik ( syurga ), dan Allah S.W.T melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk ( tidak turun berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran ) dengan pahala yang amat besar”.
Google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS