Begitu indah tajuk di atas...Karya hasil nukilan Hilal Asyraf dalam Simfoni Cinta.
Apabila dibaca dan difahami maksudnya...masyaAllah...hati akhirnya bertemu tenangnya jua...Apabila kita dihadirkan dengan pelbagai ujian, sama ada suka atau duka...bertenanglah wahai hati...sesungguhnya setiap yang berlaku adalah dalam susunanNya..Apakah ada susunanNya yang buruk? Bukankah Dia hanya ingin yang terbaik buat kita? Bukankah kalau kita mati sekalipun, itu bermakna kita pulang kepada Yang Mencintai Kita?...
Kini hatinya lapang. Di dalam jiwa tiada kegusaran berkenaan apa sekalipun. Dia tidak lagi takut kepada apa pun. jiwanya senang. Hatinya bahagia. Dia rasa terjaga. Dia rasa lebih kuat. Kerana dia tahu, amat yakin, tanpa ragu, bahawa dis sedang berada di dalam tanganNya...
**dipetik dari Simfoni Cinta, Hilal Asyraf....
Aku Berada Dalam Tangan Yang Aku Cintai
Jangan Berputus Asa Dari Rahmat ALLAH...
Sabar Itu Indah
Carian Google |
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir.
Hitungkan laut kesyukuran
Dipinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.
Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.
Ujian itu penebus dosa...
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak...
Penghias samudera!
(*dipetik dari buku Segalanya Soal Hati karya Pahrol Mohamad Juoi)
Carian Google |
Carian Google |
Tenang itu Anugerah
Google |
Penantian
carian Google |
**Penantian daripada Seismic
Episod Shopping 2....
Assalamualaikum semua....semoga kita semua diberikan kesihatan rohani dan jasmani...insyaAllah
Kunjungan sahabat dari jauh ke tempat kerja saya pada awal minggu ini memberi peluang sekali lagi kepada kami untuk berkongsi hobi yang sama....ke mana lagi kami kalau bukan ke toko buku. Kedatangan sahabat bersama buku terbaru dibelinya membuatkan saya teruja untuk memiliki sama buku tersebut. Tambahan pula pengarangnya sama dengan buku yang dibeli 'roommate' yang telah saya imbas sekali lalu...ternyata memang menarik. Berkongsi info mengenai isu orang Islam sekarang dan juga isi-isi yang dimuatkan dalam buku tersebut...membuatkan hati kami semakin teruja untuk memiliki kedua-dua buku tersebut. Apalagi, waktu rehat tengahari digunakan sebaik mungkin untuk ke toko buku, mencari buku diidam-idamkan. Semua toko buku di sekitar KK kami lawati, namun belum rezeki kami, jawapan yang diterima.."Maaf dik, buku tersebut telah habis", "Oo..buku tu tidak ada di sini"...Senyum sahaja lah.. :)...
Namun kami tetap tidak berputus asa. Pencarian diteruskan melalui toko buku online..namun situasi yang sama dihadapi. Cara ketiganya, kami mencari no telefon kedai buku yang terdapat di negeri ini, untuk bertanyakan info buku tersebut. Sahabat yang bertindak menelefon toko-toko buku tersebut...terima kasih adikku sayang..:)..Alhamdulillah, ADA. Selesai kerja petang itu, kami terus ke toko buku tersebut. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Akhirnya buku tersebut dalam selamat dalam beg kami...:) Terima kasih sahabat...juga pada adik tersayang yang menolong kakakmu mendapatkan buku dihajati (Art of Deception).
Antara buku Jerry D. Gray |
Hanya 2 buku yang baru dimiliki. Buku Art of Deception belum sampai ke tangan kami. |
Nikmat Sihat Sebelum Sakit
Assalamualaikum buat semua...sekarang kita telahpun berada hampir pertengahan Rejab...tidak lama lagi tibalah Ramadhan yang dinanti-nanti. Lama sudah rasanya blog ini tidak di'update'. Bukannya tiada cerita atau idea, namun dek keterbatasan masa, belum satu pun post bagi tahun 2013 ni. Sebenarnya pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku dan semestinya segalanya tersembunyi sejuta hikmah buat saya dan kita semua.Saya pun tidak tahu hendak bermula di mana. Namun permulaan 2013 telah membuka satu lembaran baru buat saya, berhadapan dengan realiti hidup yang tidak selalunya indah. Dalam kita gembira, ingatlah masih ada yang berduka atau menderita. Itulah sebabnya kita diajar agar bersederhana dalam apa jua keadaan. Jika kita terlalu gembira, teruja, ingatlah orang lain di sekeliling kita, bagaimana keadaan mereka. Begitulah sebaliknya, andai kita terlalu sedih dan kecewa, ingatlah pasti ada orang yang lebih hebat lagi ujian yang diberi untuk mereka.
Pengalaman melihat sendiri perit pedih pesakit-pesakit di hospital yang menghidapi pelbagai jenis penyakit, tanpa mengira umur, mengingatkan saya betapa perlunya kita bersyukur dengan nikmat sihat yang diberikan oleh Allah kepada kita. Gunakanlah nikmat sihat ini untuk terus memperbaiki dan mendekatkan diri pada Allah. Di mana jika dipandang dari segi tenaga, ketika kita sihat inilah tenaga kita berada pada tahap yang optimum. Gunakanlah peluang ini untuk lebih dekat denganNya.
carian Google |