Dalam program Tanyalah Ustaz (di tv9) pagi tadi (24/9/12).., tajuk Ibu Mertuaku
(bhgn 2)(nama ustaz saya lupa), banyak ilmu berkaitan tanggungjawab mertua,
anak dan menantu dalam meniti alam rumahtangga. Menurut ustaz tersebut,
kedudukan ibu mertua adalah sama seperti ibu kita sendiri. Maknanya, sesiapa
yang menghina ibu orang lain (ibu mertua) sama seperti menghina ibu sendiri,
begitulah perumpamaannya. Salah satu soalan yang dikemukakan penonton dan saya
tertarik untuk berkongsi dengan anda semua adalah mengenai soal jodoh. Jika
tiada suami/ isteri bermakna tiadalah mertua…J. Di sini penonton tersebut bertanyakan cara
mendapatkan jodoh. Jawapan yang diberikan ustaz, cukup bermakna. Ustaz itu
menyarankan si teruna/ dara mengamalkan surah ‘alam nashroh’, biasanya dibaca
dalam bilangan ganjil, 3/5/7…sebanyak mungkin (tapi diniatkan ikhlas kerana
Allah). Selesai membaca surah tersebut, *hembus nafas sehabisnya dan kemudian,
tarik nafas sedalam-dalamnya …insyaAllah melalui amalan ini, sebenarnya
membangkitkan aura pada diri kita. Aura yang membuatkan orang tertarik pada
kita, menyerikan wajah kita. Dan soal jodoh ini juga, hendaklah kita serah
kepada Allah. Apabila timbul pula persoalan, kenapa orang itu, sudah lanjut
usia tetapi masih belum bertemu jodoh? Di sini ustaz itu menegaskan, Allah itu
maha Adil, setiap manusia yang diciptakan itu berpasangan. Bagi anda yang jodoh
tidak kunjung tiba hingga ke akhir hayat, sebenarnya Allah memelihara anda
daripada lelaki/ perempuan jahat yang ada di dunia ini. Jodoh anda sebenarnya
lebih baik dan mungkin dia telah meninggal dunia, jadi anda bakal bertemunya di
syurga nanti.. J…sebab
itulah, sekarang ramai yang bercerai-berai, sebabnya mereka berkahwin dengan
bukan jodoh mereka.
(*boleh dirujuk
semula dlm rancangan Tanyalah Ustaz(Ibu Mertuaku. part2), saya bimbang tersalah faham)