Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Nikmat Sihat Sebelum Sakit

Assalamualaikum buat semua...sekarang kita telahpun berada hampir pertengahan Rejab...tidak lama lagi tibalah Ramadhan yang dinanti-nanti. Lama sudah rasanya blog ini tidak di'update'. Bukannya tiada cerita atau idea, namun dek keterbatasan masa, belum satu pun post bagi tahun 2013 ni. Sebenarnya pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku dan semestinya segalanya tersembunyi sejuta hikmah buat saya dan kita semua.Saya pun tidak tahu hendak bermula di mana. Namun permulaan 2013 telah membuka satu lembaran baru buat saya, berhadapan dengan realiti hidup yang tidak selalunya indah. Dalam kita gembira, ingatlah masih ada yang berduka atau menderita. Itulah sebabnya kita diajar agar bersederhana dalam apa jua keadaan. Jika kita terlalu gembira, teruja, ingatlah orang lain di sekeliling kita, bagaimana keadaan mereka. Begitulah sebaliknya, andai kita terlalu sedih dan kecewa, ingatlah pasti ada orang yang lebih hebat lagi ujian yang diberi untuk mereka.

        Pengalaman melihat sendiri perit pedih pesakit-pesakit di hospital yang menghidapi pelbagai jenis penyakit, tanpa mengira umur, mengingatkan saya betapa perlunya kita bersyukur dengan nikmat sihat yang diberikan oleh Allah kepada kita. Gunakanlah nikmat sihat ini untuk terus memperbaiki dan mendekatkan diri pada Allah. Di mana jika dipandang dari segi tenaga, ketika kita sihat inilah tenaga kita berada pada tahap yang optimum. Gunakanlah peluang ini untuk lebih dekat denganNya.

carian Google

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan